About Me

My photo
Assalamualaikum. Namaku Mohammad Aziem bin Azemi. kebanyakan orang kenal aku dengan nama Aziem Azemi. Aku TAK SOMBONG macam apa yang orang cakap cuma aku tak tegur orang yang aku tak kenal. minta maaf pada yang terasa tu. tegur je aku, aku tak sombong. tanya la orang yang kenal aku, diorang tahu la aku macam mana. ada yang kata aku teruk n ada yang kata aku ni OK, tu hak masing2 nak nilai aku. apa2 pun hidup mesti mahu STYLE~~!!

Tuesday, March 20, 2012

Hidup Baru Bermula

Assalamualaikum. lama sangat laaa aku tak update blog aku ni. banyak cerita aku tak share. malas melanda and aku pun dah lupa password blog aku iaitu *****************************. panjang kan? hahaha! okay, perkembangan terkini....


  • Akademik

    Praktikal pun kat poli and aku memang apply sendiri nak practical kat sini, bukan sebab tak dapat tempat. ada la sebab2 aku sendiri. demi masa depan aku jugak. mmg banyak yg aku belajar kat sini. UNTUNG sangat2 duduk sini walaupun tak dapat elaun. kisah apa aku, duit boleh cari kat mana2. tapi yg paling penting bekalan aku kat poli dan seterusnya masa hadapan. kat sini, ada 3 budak termasuk aku. sorang laki sorang perempuan. Alhamdu lillah, kami 3 orang ni semakin maju ke hadapan.
  • Persatuan

    Alhamdu lillah, baru baru ini aku telah selesai menerima ijazah tamat PSSCM bertempat di Pusat Latihan Bukit Beruntung. syukur ke hadrat Illahi kerana telah memanjangkan umurku agar aku dapat pelajari ilmu beladiri yang aku tuntut selama ini. namun, masih banyak lagi yg harus aku pelajari selepas ini. training barang baik punya. hohoho! tetapi, baru baru ini juga kami dikejutkan dgn berita pemergian Almarhum Ustaz Haji Ishak bin Itam. Al-Fatihah. ;(
  • Hidup

    Aku dah lama single. hahaha! kisah apa aku. takde awek lagi bagus. tarak kena maki, gaduh2, apa jadah semua tu. hidup tanpa awek lebih mudah. duit pun tak banyak habis, tu lagi la syok! hohoho! baik aku focus kat benda yg sepatutnya daripada hidup terganggu disebabkan awek.
  • Nasihat

    Nasihat aku kat manusia2 diluar sana, bersyukurlah dgn apa yg kita ada. tak kisah la dari mana pun anda, sebesar mana diri anda, sekaya mana pun anda, sepandai mana pun anda, jgn pernah lupa pada apa yang kita ada adalah dari Allah S.W.T dan juga berkat kekasihnya Nabi Muhamad S.A.W serta keramah dan hikmah kedua ibu bapa kita.
So, tu je lah untuk setakat ni. dan belum masa untuk aku mengeluarkan ayat2 pedas sebab aku bengang dgn ramai manusia dalam kelas aku tak kira la ada blog ke tak, ada gang ke tak. aku kisah apa. kau dah buat salah, kau tetap salah. tapi, aku takkan buat apa2, hanya Allah yang akan memberikan hukuman yang setimpal kepada hamba2Nya. bukan bermusuh adalah niatku, tetapi hidup ini perlukan keberanian demi kebenaran. yg baca terasa? pandang cermin, ukur diri, jangan salahkan orang lain, ukur diri dulu baru ukur yang lain. aku dah habis ukur dah, sebab tu aku berani keluarkan ayat macam tu. lu panas sama gua? lu datang depan2, bukan berkata2 di belakang2 sebab bagi aku, kau tarak telur kalau tak puas hati cakap belakang2. tak puas hati, mari sembang sama tuan punya badan. islam tak pernah ajar kita untuk bermusuh dan mengutuk orang serta mempengaruhi minda orang lain.

Friday, September 23, 2011

Setelah sekian lama aku menyepi tanpa blog.

Pada hari ini, tiba2 aku rasa nak kembali berblog setelah aku lama meninggalkan blog ini sampai email dgn password pun aku lupa. haha! takpalah. cuma aku nak kasitau korang semua, yang aku sudah lama single sejak bulan mei aritu. dan sepanjang aku meninggalkan aktiviti blogging ni, sebenarnya banyak benda yg berlaku n kalau aku nak update, aku pun tak larat nak type. yg aku tahu, hidup aku sudah berbeza. namun sejak kebelakangan ni, banyak dugaan aku hadapi, ye la kan, tuhan nak bagi kita ujian, ada benda la tu yg dia nak bagi kita. apa2 pun, HIDUP MESTI MAHU KENTAL~!!!

Wednesday, March 30, 2011

new POST!!!

 







Assalamualaikum.gambar kat atas tu kenapa? haaa... sabar dulu. haha! minta maaf kepada pembaca2. dah lama aku tak update kerana tiada aktiviti menarik dan bila aktiviti best tu dah ada, aku pulak kena demam denggi. aduhaiii... macam2 aktiviti aku buat bila dah kembali sihat ni. maybe post kali ni agak panjang. but benda2 ni buat takkan buat aku lupa la kan. kenangan terindah pulak! dasyaattt!okay, setelah kembali menjalani hari hari normal, aku ngan budak2 rumah aku ni gila dok nak makan durian, so kitorang pun dapat idea gila iaitu memburu raja buah tu kat hutan dalam kampung yg berdekatan. HOHOHO! aku bersama cho , copie, madno, dan juga pepon la yg mengusahakan projek ni. haha! bukan setakat durian dapat dowh! macam2 ada! jering ada, manggis ada, buah pelam ada, tebu ada. hohoho!






 Pokok Jering
 Manggis pun ada!
Raja buah

best plak pengembaraan aritu! serious sembang! kalau korang rajin, kumpul la member2, gi cari durian. hahahaha! yg penting bawak helmet takut2 durian jatuh atas kepala! hahaha!

Tuesday, March 8, 2011

Pertandingan.........

Salam. ni cerita baru untuk korang. Jabatan Kejuruteraan Elektrik buat tournament futsal untuk budak2 lektrik. Kitorang pun join ah memandangkan kelas kitorang ni agak kuat main futsal. tambah2 kitorang punya striker TERBAIK dari ladang dan juga lautan. dah kata main untuk poli plak~! actually tournament tu start semalam (isnin : 7 MAC 2011). semalam grouping stage. kitorang naib juara untuk group, then today quarter final. pergh! semalam macam2 hal jadi, tambah pulak hari ni lagi menarik game! okay, cerita pasal semalam, group kitorang ada 2 team sem 6 n lagi satu sem 2 sama dgn kitorang. 1st game kalah dgn budak sem 6, 1-0. patutnya kitorang boleh makan tapi disebabkan nasib tak menyebelahi kitorang, sedih gak ah. next game kalah dgn budak sem 2. 1st half leading, yg tu pun boleh makan, tapi kesilapan defender n salah faham sikit, kalah 2-1. last game, kitorang dapat tahu ada peluang untuk gi quarter, kitorang push kaw2. akhirnya kitorang menang 2-0 yang dijaringkan oleh MADNO! bila kira punya kira punya kira, kitorang dapat num 2 untuk grouping. ALHAMDULILLAH dapat gi quarter. lega beb!

Cerita pasal harini (selasa : 8 MAC 2011), main quarter final baiii...! lawan budak sem 6 jugak, team ni, agak kaw ah jugak, 1st half kitorang agak sedih ah kena tinggal 1-0. bila start 2nd galf, kena lagi sebiji dowh! dah 2-0 ni, game tinggal 3 minit je pun! nak kejar macam mana ni? aduhhh. tiba2, MADNO dapat score sebijik! team lawan dan dowh sikit, tak sampai seminit lepas tu MADNO score lagi baii!!! hahaha! punya lah lega bila score dah seri! perghh! menarik dowh! then, habis game, results seri, sepatutnya penalty, but bila bincangb alik dgn ref, n captain each team nak main extra time, so, kitorang pun main extra time. nak tahu cerita? madnor tambah lagi 3 BIJIK GOAL DOWH!!!!! hebat tak hebat ah kitorang kejar! hahaha! dalam game, aku setakat assist je la kan, semalam je rezeki score sebijik. hehehe. apa-apa pun , ni gambar n aku kenalkan team DTK2!


~Team DTK 2~
itu dia MADNO!!!
(STRIKER)
Abe
(Defensive Midfield)
Raja
(Top)
Farid
(Defender)

Andy si budak injured
(Sub)

Esok SEMI FINAL sudah! kitorang lawan team sem 6 yang beat kitorang semalam tu. harap2 esok dapat berjuang dengan kaw2 n melangkah ke final pulak! InsyaAllah... doakan yang terbaik untuk kitorang! terima kasih! =D

Saturday, February 26, 2011

DON'T JUDGE A BOOK BY ITS COVER!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera. okay, this time i'm gonna talk about friends and show my friends to all of u. KENAPA kita perlu ada kawan? kerana diorang yang mengisi tempat kosong dalam hidup kita ketika kita jauh dari keluarga kita. n diorang boleh tolong kita kalau kita ada masalah kita jugak. KAWAN KE LAWAN? biasa la, kadang2 tu tak sependapat. Kalau takde pergaduhan, kita tak dapat belajar macam mana nak nilai orang, n nilai diri kita sendiri. n kita jugak dapat kenal kerenah manusia kat atas muka bumi ni. Aku dah hidup 19 tahun, dalam 19 tahun ni, macam2 perangai n kerenah n masalah aku jumpa. memang la susah time kita ada masalah tu, ye lah, nama pun masalah kan. tapi kalau tak jadi macam tu, macam mana nak ada pengalaman hidup? semua tu lumrah hidup la wei! ni, kawan pun boleh jadi racun jugak kadang2. tapi jangan la salah pilih kawan. penat ibu ayah kita lahirkan kita jadi anak n insan yang berguna tapi kita pergi jalan yang salah buat apa? haaa. so, pandai2 korang la nak pilih jalan mana. jangan pilih jalan            hohoho! 




OKAY, ni kawan2 aku zaman aku sekolah dulu.















Bila masing2 dah sambung belajar masuk kolej, universiti, poli n lain2 n semua pun dah berpecah, kena la cari kawan baru betul tak? haaaa. ni aku kenalkan kat korang kawan2 baru aku lepas dah sambung belajar.














Itulah kawan2 aku. macam2 kerenah sebenarnya diorang ni. ada yang pendiam, ada yang tak campur orang, ada yang buat hal sendiri, ada yang gila2 n hura hara macam dalam gambar kat atas ni. apa2 pun, diorang jugak yang lengkapkan hidup aku. so, sampai sini je la aku nak update pun walaupun banyak lagi gambar yang aku nak masukkan. haha! apa2 pun, ada kawan tu, jaga elok2. jangan pandang orang dari luaran tapi kenal lah diorang dulu baru kita boleh nak cakap dia ni sombong ke, baik ke, bodoh ke apa2 je la kan. apa apa pun, enjoy~! 

*kepada yang takde dalam gambar, mintak maaf ya. hahaha! xD

Sunday, February 20, 2011

Permata Hidup dan Mati...

PERGHHH!! lama gila tak update blog! berpunca dari MALAS+TAKDE IDEA+BANYAK KERJA! haiyoo! takpe laa. apa-apa pun. ni post yang baik punya ah kan. So, in this new post, i will be talking about my LOVELY FAMILY! There are A LOT of things i would like to share but it will take a long time for me to type it also for you guys and girls to read. so, aku buat ringkasan sikit la kan pasal family tersayang aku ni... =D


Aku ada sorang je adik, n adik aku adik perempuan la kan yg macam dalam video kat atas tu. Dia sebenarnya BAIK HATI taw, agak COMEL disitu, selalu buat rumah jadi RIUH RENDAH, cuma kadang-kadang, dia ni NAKAL sangat n LOYAR BURUK! Budak kecik tu.... ish ish ish... PEMALAS!!! Haduyaiii... tapi... Aku tetap SAYANG adik aku tu sebab dia je la satu-satunya adik aku. buat masa ni, banyak benda lagi dia belum tahu n belajar  dalam dunia ni. Aku harap nanti dia sedar n faham la kenapa aku selalu marah2 dia. Sejak kelahiran adik aku tu, nenek aku stay rumah hak milik parents aku tu. Nenek aku tu, perghh! dah berumur pun kalau stretching, buat jangkauan melunjur, kepala sampai ke lutut tu!!! HEBAT~!!! Korang nak lawan dia memasak? jangan harap la korang nak menang! kalau dia buat sambal, i tell youuu! very the NICEE~!!! HAHA! Tu je la satu-satunya nenek yang aku ada dalam dunia pada hari ini. Haihh. Okay, pasal parents aku pulak, diorang ni... biasa la kan... ibu ayah sesiapa pun mesti nak yang terbaik untuk anak2 n nak yang terbaik dari anak2. Diorang ni, nak kata selalu marah tu, takde la sangat. cuma kadang2, ye la kan, stress n letih bekerja buat diorang kurang mood n nampak macam nak telan orang je. HAHA! Tapi kalau korang tengok balik, apa guna kita ni sebagai anak diorang? patutnya tolong2 la diorang angkat2 barang ke, kemas2 rumah ke. anything yang boleh buat diorang tenang. memang la tak dapat duit, tapi bukan ke tengok diorang happy satu benda yang paling memuaskan dalam hidup? Haaa... Diorang selalu support aku tak kisah la apa benda aku buat pun sama ada sports ke, studies ke n macam2 lagi la kan, diorang sentiasa bagi sokongan padu n D' BOMB! Kalau ada benda yang diorang tak bagi buat tu, jangan la tanya kenapa, mesti la ada sebabnya. Bukan diorang tak nak bagi kebebasan tapi diorang dah rasa garam dulu banding kita(pengalaman hidup lagi banyak dari kita). Haaa... so, korang jangan la melawan cakap diorang, siapa lagi nak tegur kita kalau bukan ibu ayah kita? Korang ada ibu ayah, jaga la hati n perasaan diorang elok elok. Selagi diorang masih ada, hidup kita sentiasa selamat. Jangan la sekali kali derhaka kawan2 oi. Kalau bukan sebab parents kita, kita dapat ke rasa apa yang kita ada sekarang ni? Sayangilah mereka, Cintailah mereka, Dengarlah cakap mereka, Doakanlah kesejahteraan mereka, Ingatlah mereka, jika mahu hidup korang SELAMAT!


*thank you!!! :D

Sunday, February 13, 2011

JAMBU?? Biar Betul!!!

Setelah membaca post si cho kat chopunyacerita.blogspot.com, aku tergelak gelak baca kisah dia! macam2 dia cakap pasal orang lain. hahaha! yang buat aku nak post benda ni pada pukul 1.38 am, ada ke dia cakap aku jambu!!!!

AKU JAMBU KE??!!!

Muka macam ni yang dikatakan JAMBU?
ANEH!!!

Wahai CHO! aku tak tahu apa nak cakap bila baca "aziem plak..jambu~!"  aku pelik betul! hahaha!
apa apa pun, korang tentukan sendiri ah sama ada aku jambu or tak kan! hahaha!


*Aku JAMBU ke? katakan ya atau tidak pada comment box di bawah ya. haha! =P