About Me

My photo
Assalamualaikum. Namaku Mohammad Aziem bin Azemi. kebanyakan orang kenal aku dengan nama Aziem Azemi. Aku TAK SOMBONG macam apa yang orang cakap cuma aku tak tegur orang yang aku tak kenal. minta maaf pada yang terasa tu. tegur je aku, aku tak sombong. tanya la orang yang kenal aku, diorang tahu la aku macam mana. ada yang kata aku teruk n ada yang kata aku ni OK, tu hak masing2 nak nilai aku. apa2 pun hidup mesti mahu STYLE~~!!

Tuesday, March 20, 2012

Hidup Baru Bermula

Assalamualaikum. lama sangat laaa aku tak update blog aku ni. banyak cerita aku tak share. malas melanda and aku pun dah lupa password blog aku iaitu *****************************. panjang kan? hahaha! okay, perkembangan terkini....


  • Akademik

    Praktikal pun kat poli and aku memang apply sendiri nak practical kat sini, bukan sebab tak dapat tempat. ada la sebab2 aku sendiri. demi masa depan aku jugak. mmg banyak yg aku belajar kat sini. UNTUNG sangat2 duduk sini walaupun tak dapat elaun. kisah apa aku, duit boleh cari kat mana2. tapi yg paling penting bekalan aku kat poli dan seterusnya masa hadapan. kat sini, ada 3 budak termasuk aku. sorang laki sorang perempuan. Alhamdu lillah, kami 3 orang ni semakin maju ke hadapan.
  • Persatuan

    Alhamdu lillah, baru baru ini aku telah selesai menerima ijazah tamat PSSCM bertempat di Pusat Latihan Bukit Beruntung. syukur ke hadrat Illahi kerana telah memanjangkan umurku agar aku dapat pelajari ilmu beladiri yang aku tuntut selama ini. namun, masih banyak lagi yg harus aku pelajari selepas ini. training barang baik punya. hohoho! tetapi, baru baru ini juga kami dikejutkan dgn berita pemergian Almarhum Ustaz Haji Ishak bin Itam. Al-Fatihah. ;(
  • Hidup

    Aku dah lama single. hahaha! kisah apa aku. takde awek lagi bagus. tarak kena maki, gaduh2, apa jadah semua tu. hidup tanpa awek lebih mudah. duit pun tak banyak habis, tu lagi la syok! hohoho! baik aku focus kat benda yg sepatutnya daripada hidup terganggu disebabkan awek.
  • Nasihat

    Nasihat aku kat manusia2 diluar sana, bersyukurlah dgn apa yg kita ada. tak kisah la dari mana pun anda, sebesar mana diri anda, sekaya mana pun anda, sepandai mana pun anda, jgn pernah lupa pada apa yang kita ada adalah dari Allah S.W.T dan juga berkat kekasihnya Nabi Muhamad S.A.W serta keramah dan hikmah kedua ibu bapa kita.
So, tu je lah untuk setakat ni. dan belum masa untuk aku mengeluarkan ayat2 pedas sebab aku bengang dgn ramai manusia dalam kelas aku tak kira la ada blog ke tak, ada gang ke tak. aku kisah apa. kau dah buat salah, kau tetap salah. tapi, aku takkan buat apa2, hanya Allah yang akan memberikan hukuman yang setimpal kepada hamba2Nya. bukan bermusuh adalah niatku, tetapi hidup ini perlukan keberanian demi kebenaran. yg baca terasa? pandang cermin, ukur diri, jangan salahkan orang lain, ukur diri dulu baru ukur yang lain. aku dah habis ukur dah, sebab tu aku berani keluarkan ayat macam tu. lu panas sama gua? lu datang depan2, bukan berkata2 di belakang2 sebab bagi aku, kau tarak telur kalau tak puas hati cakap belakang2. tak puas hati, mari sembang sama tuan punya badan. islam tak pernah ajar kita untuk bermusuh dan mengutuk orang serta mempengaruhi minda orang lain.

No comments:

Post a Comment